MENGENALI SAHABAT: PERSAHABATAN ADALAH KASIH SAYANG TANPA SAYAP


Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abadi ia memerlukan pengorbanan yang besar. Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka padanya maka kita pasti malu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya. Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia boleh memusnahtan sebuah erti persahabatan.
Perubahan tanpa kompromi
Selama ini Mohsein ingatkan Rashdan adalah teman jati baginya. Mereka membesar bersama dan menghadiri sekolah yang sama.Mereka melalui saat gembira dan sedih bersama-sama. Mohsein masih ingat lagi bila Rashdan ditinggalkan oleh teman wanitanya. Mohseinlah tempat bagi Rashdan mengadu dan meluahkan perasaan kecewanya. Sebagai teman karib, Mohsein cuba memujuknya agar bertabah hati dan jangan terlalu bersedih.
Persahabatan erat antara Mohsein dan Rashdan amat bermakna bagi mereka berdua. Namun segala-galanya berubah dengan tiba-tiba. Rashdan sudah jarang menghubungi Mohsein lagi. Malah, 'bayangnya' pun sudah jarang kelihatan. Lalu Mohsein cuba mendapatkan jawapan daripadanya tapi Rashdan hanya diam membisu tanpa berkata apa-apa.
Mohsein rasa hairan melihat sikap Rashdan. Apakah kesilapan Mohsein yang menyebabkan Rashdan bersikap dingin terhadapnya? Mohsein bagaikan memerah otaknya mencari punca Rashdan bersikap begitu. Akhirnya, seorang teman Mohsein memberitahunya Rashdan berasa kecewa kerana Mohsein dapat pekerjaan baru. "Rashdan fikir kamu dah berubah sekarang dan tidak sama seperti dulu lagi." kata teman itu. Jelas Rashdan adalah seorang yang tidak dapat sesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
Dalam kehidupan harian, perubahan adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Walaupun kita tidak terfikir ia akan berlaku namun semuanya adalah di luar kawalan kita. Umpamanya dalam kes Mohsein yang rumit ini. Mohsein baru saja memulakan keria di pejabat baru dan kerianya memerlukan dia berkorban masa. Jadual keria Mohsein amat sibuk sehinggakan dia jarang ada masa bersosial.
Mohsein terkejut dengan sikap Rashdan yang tidak faham kedudukannya sekarang. "Dia yang menggalakkan aku memohon bekerja di sini tapi sekarang dia rasa lain pulak. Segala-galanya terjawab selepas tiga bulan aku dapat tahu Rashdan juga ada memohon kerja di tempat yang sama tapi dia gagal," ujar Mohsein.
Perubahan besar dalam kehidupan boleh memberi kesan dan menggugat sebuah persahabatan. Ini termasuk perubahan dalam kerjaya, percintaan dan perpindahan rumah. Kita perlu faham hidup ini tidak statik. Perubahan ialah sebahagian daripada realiti dalam hidup. Persahabatan memerlukan flesikbel dan boleh menerima sesuatu perubahan yang berlaku.
Perubahan besar yang berlaku sering melibatkan emosi. Oleh itu, Mohsein berpendapat dia perlu meluangkan masa agar dapat bersama Rashdan walaupun dia sibuk. "Mungkin aku dapat berjumpa dengan Rashdan di hari minggu." katanya.
Dikecewakan oleh teman Dikecewakan oleh teman Kadang kala kita mahu teman karib berada di sisi kita bila kita menghadapi situasi yang kurang baik seperti dilanda masalah dan sebagainya. Namun, jangan terkejut bila teman itu 'hilang' entah di mana di saat kita perlukan mereka. Yara Idris, 19, menceritakan tentang pengalamannya bersama Fizie tahun lepas. Yara terlatar di hospital kerana diserang penyakit ketumbuhan di dalam perut. Ia hampir meragut nyawa Yara namun doktor berjaya mengeluarkan ketumbuhan itu. "Selama dua minggu aku terlantar di hospital, Fizie tak pernah datang melawatku. Malah, dia tak menjawab panggilan telefonku. Tidak seperti dulu dia sentiasa berada di sisiku bila aku memerlukannya." jelas Yara.
Bila mereka bertemu, Fizie memberi alasan dia tidak suka pergi ke hospital kerana tidak tahan baunya. Yara hanya menggeleng kepala mendengar penjelasan Fizie.
Jika ada teman baik yang mengecewakan kamu kerana sesuatu perkara, kamu tidak perlu memutuskan hubungan dengannya. Mungkin dia ada sebab musabab mengapa bertindak sebegitu. Yara bersetuju Fizie sentiasa berada di sampingnya bila dia memerlukan Fizie. Dan mungkin Fizie benar-benar tidak suka pergi ke hospital. Berbincanglah dengan teman baik dan bersikap terbuka agar persahabatan itu terjalin kerana ada persefahaman baik di antara kamu berdua.
Pengkhianatan dalam persahabatanPengkhianatan dalam persahabatanKhianat dalam persahabatan adalah perbuatan yang amat payah dimaafkan. Fitnah, mengata di belakang dan merampas kekasih adalah beberapa contoh khianat yang sering terjadi di kalangan remaja hari ini.
Ezurin, 17, meluahkan perasaan kasih sayangnya terhadap Cikgu Sharidan kepada teman baiknya, Najwa. "Kami sedang bercakap tentang lelaki dan aku mengakui Cikgu Sharidan adalah seorang jejaka yang menarik. Malah, dia pernah meluahkan perasaannya kepadaku tapi aku cuba mengelaknya. Aku mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaranku dan tidak mahu melibatkan soal cinta dalam hidupku buat masa ini."
Dua hari kemudian, Ezurin terkejut bila semua teman sekelasnya heboh tentang ceritanya dengan Cikgu Rashidan. Dia cuba mendapatkan penjelasan dari Najwa. Sebaliknya, Nalwa mengatakan Ezurin tidak pernah memberitahunya cerita itu adalah rahsia di antara mereka berdua. "Najwa telah memalukan aku di sekolah dan aku tidak puas hati dengan alasannya. Perlukah aku beritahu dia cerita mana yang rahsia atau tidak. Dia kan boleh berfikir...!" ujar Ezurin.
Kepercayaan amat penting sebuah persahabatan. Jika kamu rasa teman kamu cuba mengkhinatimu, berundurlah ke belakang kerana lukanya amat sukar diubati.
Batasan Persahabatan
Perjalinan sebuah persahabatan juga ada batasannya tertentu. Kamu perlu tahu di manakah batasan kamu dengan temanmu demi memelihara persahabatan yang sedia terjalin. "Persahabatanku dengan Misha renggang seketika tahun lepas." kata Hanim, 22, dari Kuala Lumpur. "Walaupun sudah bertunang namun Misha masih membuat hubungan sulit dengan jejaka lain. Suatu hari, dia suruh aku berbohong dengan tunangnya, Kamarul bahawa Misha akan bersamaku di hujung minggu. Tapi, sebenarnya dia mahu menghabiskan hari minggu bersama 'kekasih'nya itu." jelas Hanim.
Namun begitu, Hanim tidak dapat menunaikan permintaan Misha kerana dia tidak mahu berbohong. Apatah lagi Kamarul juga adalah teman baiknya. "Misha amat terkejut bila aku enggan menolongnya. Dia ingat aku rasa cemburu melihat hubungannya dengan 'kekasih'nya tapi semua itu adalah tidak benar. Aku tidak mahu berbohong pada sesiapa pun. Persahabatan kami bertambah buruk selepas itu.'' ujar Hanim.
Segala-galanya berubah bila hubungan Misha dengan jejaka tersebut terputus. Persahabatan mereka kembali baik seperti dahulu kala. "Misha tahu aku sentiasa berada di sisinya. Dia juga tahu aku tidak akan berbohong untuknya." ujar Hanim.
Melangkahi batasan persahabatat adalah terlalu berisiko tinggi. Kita perlu saling menghormati antara satu sama lain dan bersikap optimis.
Prinsip bercanggah
Setiap orang ada prinsip dalam hidupnya. Begitu juga dengan persahabatan di mana prinsip memainkan peranan penting. Sering terjadi antara dua teman yang bercanggah prinsip.
Farouk berkata, "Dulu, aku ada seorang teman yang bernama Ifah. Kami dah lama kenal dan selau juga keluar berhibur bersama. Suatu hari, aku terkejut besar melihat sikapnya yang terlalu bongkak. Aku cuba mendapatkan pandangannya terhadap isu `gay’ dan bangsa-bangsa lain. Cara Ifah menjawab terlalu bongkak sehingga menyinggung perasaanku."
"Selepas itu,aku cuba sebaik mungkin tidak membincangkan isu-isu seperti itu dengan Ifah. Namun, persahabatan kami sudah mula pudar. Tidak seperti dulu. Kini, lfah seolah-olah orang asing bagiku. Mungkin ada orang mengatakan aku nie tidak dapat menerima kata-kata Ifah. Sebenarnya, aku ada ramai teman dan aku tidak dapat terima sikap Ifah yang enggan terima pandangan orang lain. Dia ingat pandangannya saja yang betul manakala orang lain salah." sambung Farouk. Sekiranya ada wujud percangghan prinsip ataupun pandangan berbeza dalam persahabatan, kamu perlu meluangkan masa mengkaji di manakah kamu boleh perhaiki keadaan tersebut. Persahabatan kamu akan bertambah kuat jika kamu ada rasa hormat terhadapnya.
Hubungan terlalu erat
Jika mempunyai teman yang terlalu erat hubungan dengamnu memang menyeronokkan. Kamu ada teman yang boleh diharapkan, dipercayai dan dikasihi. Tapi, jika hubungan itu ,sudah sampai ke pringkat yang TERLALU rapat sehinggakan orang lain kata kamu berdua dah macam kembar Siam, kamu perlu lakukan sesuatu!! Mungkin kamu perlu ada identiti tersendiri.
"Erina dan aku adalah teman rapat sejak di sekolah rendah lagi. Selepas SPM, kami mengikuti kursus komputer di kolej yang sama. Malah, kami bekerja di syarikat yang sama setelah tamat kursus." kata Jurina, 23 yang bekeria sebagai penganalisa komputer.
"Teman-teman di pejabat tahu hubungan akrab kami dan mereka selalu kata kami seperti kembar yang payah dipisakkan. Selain itu, mereka juga mengatakan kami beridentiti sama. Pada mulanya memang ada keseronokan tapi kemudian kami mula rasa ada suatu tekanan kerana dicop sebagai Batman dan Robin di pejabat. Kami mula `memberontak'." jelas Jurina. Apa yang dirasakan oleh Jurina dan Erina ialah mereka mahukan kembali identiti mereka sendiri. Jurina sudah jarang menghadiri majlis bersama Erina. Malah, selain di pejabat, mereka sudah bersepakat tidak akan menelefon antara mereka. "Kami perlukan ruang untuk berfikir bukan hanya mahu mengenali diri sendiri. Hasilnya sungguh baik.Teman-teman sepejabat sudah tidak lagi menganggap ' kembar Siam, dan hubungan kami semakin erat berbanding sebelum ini. Sebenarnya, yang penting ialah diri kamu sendiri yang membuat kamu istimewa. ' ujar Jurina.
Cemburu
Jika kamu berdua jatuh cinta pada jejaka yang sama tentulah keadaan akan bertambah buruk. Perasaan cemburu boleh memusnahkan sebuah persahahatan walau seerat mana pun persahabatan itu. Ingat kata pepatah lama yang berbunyi, "Persahabatan adalah kasih sayang tanpa sayap". Pesanannya mudah iaitu jangan membiarkan seorang jejaka/gadis hadir dalam hidupmu tapi memusnahkan persahabatan kamu dengan orang yang paling rapat denganmu, contohnya teman-teman. Sekiranya dia adalah teman yang sesuai untukmu maka dia sudah tergolong di antara mereka.
REMAJA,1 MEI 1996, M/S 40-42

0 komentar:



Posting Komentar